NADI - click for home

NADI - click for home
  Follow us on:    
 

NADI
username:  
 
password:  
 
[lost your password?]
 
About Us Join NADI Donate Now Get Involved Contact Us Home
 
    Home All About Diabetes » Pre-Diabetes » 
 

Perlukah ubat menguruskan pradiabetes?

Date: 26 November 2006

 

Jika anda telah mengikuti siri artikel kami mengenai pradiabetes, anda pasti sudah mengetahui bahawa pradiabetes dikenal pasti apabila paras glukosa darah anda lebih tinggi daripada normal (iaitu antara 5.6 dan kurang dari 7.0 mmol/L ketika berpuasa atau antara 7.8 dan 11.1 mmol/L dua jam selepas makan).

Walaupun paras ini belum cukup tinggi untuk mengesahkan anda menghidap diabetes tetapi anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit diabetes jenis 2, serangan jantung atau strok.

Walau bagaimanapun, seperti yang telah diutarakan, anda dapat mengurus pradiabetes dengan baik jika anda mengamalkan gaya hidup sihat.

Seperti yang telah dibincangkan, langkah pertama adalah dengan mengurangkan berat badan yang berlebihan bagi meningkatkan keupayaan sel-sel badan menggunakan glukosa dalam darah.

Mantera kurangkan makan, lebihkan bergerak – mencerminkan konsep mengurangkan kalori (tenaga) daripada makanan dan membakar lebih banyak kalori dengan menjadi lebih aktif atau bersenam dengan kerap.

Mengurangkan berat badan dalam lingkungan lima hingga 10 peratus dapat mengurangkan rintangan insulin, sekali gus mengelakkan paras glukosa dalam darah meningkat ke tahap yang tidak sihat.

Langkah kedua pula adalah dengan makan secara sihat untuk mengelakkan pankreas anda terlebih bekerja, di samping itu turut melindungi jantung dan salur darah anda.

Ideanya adalah untuk menjarakkan pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang lebih kecil tetapi kerap untuk sepanjang hari.

Anda pasti akan berasa gembira apabila mengetahui bahawa pengubahsuaian gaya hidup ini iaitu mengurangkan berlebihan berat badan, makan secara sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal, telah terbukti berkesan menghalang pradiabetes atau membantutkan perkembangan pradiabetes lebih daripada 50 peratus daripada kes-kes yang berlaku.

Tetapi bagaimana pula dengan yang lain? Bagi mereka, adakah satu keperluan untuk mengambil ubat-ubatan?

*Ubat-ubatan untuk mengawal paras glukosa darah

Tujuan utama untuk merawat pradiabetes adalah untuk mencegah individu yang sudah mempunyai paras glukosa darah yang tinggi menjangkau ke julat diabetes.

Malangnya, untuk sebilangan individu, amalan gaya hidup sihat sahaja mungkin tidak mencukupi untuk menurunkan paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal itu.

Untuk kes-kes sebegini, penggunaan ubat-ubatan mungkin diperlukan sebagai terapi tambahan – dengan kata lain, anda perlu mengambil ubat-ubatan selain daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Mengambil ubat-ubatan untuk pradiabetes adalah satu konsep yang baru diperkenalkan. Banyak organisasi yang terlibat dengan diabetes belum lagi menyokong secara rasmi rawatan ini.

Tetapi terdapat sesetengah pakar-pakar diabetes yang telah mengesyorkan ubat-ubatan untuk individu yang menghidap pradiabetes jika amalan gaya hidup sihat sahaja tidak berkesan.

Perubahan ini adalah berdasarkan kepada kajian-kajian yang dijalankan baru-baru ini di Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat yang menunjukkan penggunaan agen hipoglisemik (iaitu ubat untuk merawat diabetes bagi menurunkan paras glukosa darah), walaupun tidak begitu berkesan berbanding dengan amalan hidup sihat, ia ternyata dapat mengurangkan terjadinya diabetes.

Selain itu, ubat-ubat ini juga mungkin berkesan untuk mengurangkan risiko kepada serangan jantung.

Oleh itu, doktor anda mungkin akan mengesyorkan salah satu daripada ubat-ubatan yang dapat menurunkan paras glukosa darah yang telah dibuktikan berkesan menghalang terjadinya diabetes untuk individu yang mempunyai pradiabetes (rujuk jadual di bawah).

Walaupun begitu, ini hanya akan disyorkan apabila anda sudah berusaha sedaya upaya melalui pemakanan sihat dan senaman tetapi masih tidak berjaya mencapai matlamat paras glukosa darah.

Seperti ubat-ubatan lain, ubat-ubatan ini juga mungkin mempunyai kesan sampingan yang doktor anda akan memaklumkan kepada anda.

This article was first published in Mingguan Malaysia on 26 November 2006. 

 


  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend






 
| | | |

Copyright 2009 National Diabetes Institute (NADI). All rights reserved 2009
designed & maintained: mobition